Published by demo on July 20, 2023 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memeterai perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE) bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta rakan strategiknya, Synergy Generated Sdn. Bhd. (SGSB) untuk membina panel solar photovoltaic (PV). Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, melalui kerjasama itu, mereka memperkenalkan modul baharu iaitu pembinaan insfrastruktur yang dilengkapi dengan panel solar PV berkapasiti 3.24MWp (Megawatt peak).